Pembatalan Pasport Pemimpin Utama Hindraf: Kontroversi Pembohongan Syed Hamid Hindraf

Wakil pertubuhan Hindraf, N. Thianenthan mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung status sebenar pasport milik Pemimpin Utama Hindraf Waythamoorthy.

"Tempoh hari beliau bercakap di Parlimen dengan mengatakan bahawa pasport Waytha tidak dibatalkan.

"Ternyata beliau berbohong dan hari ini kami membawa surat daripada pejabat UK Border Agency untuk menunjukkan bukti yang kukuh [3] bahawa kedutaan Malaysia di UK mengarahkan supaya pasport beliau dibatalkan," katanya dalam sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Gesaan ahli keluarga Waytha dan penyokong pertubuhan itu dilakukan bagi mengembalikan hak pemimpin Hindraf itu untuk pulang merayakan Deepavali bersama anggota keluarganya.

"Jadi kami minta supaya beliau diberikan semula haknya untuk balik dan bebas ke mana sahaja terutamanya untuk merayakan Deepavali yang semakin hampir," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada mulanya, Syed Hamid mengeluarkan kenyataan bahawa pasport Waytha telah tamat tempoh, namun mengeluarkan kenyataan kedua di Parlimen bahawa pasport itu tidak dibatalkan.

"Beliau selaku Menteri kanan boleh berbohong sedemikian. Beliau harus disiasat dan ditahan di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menghasut," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata beliau akan membawa usul tersebut di Dewan Rakyat supaya Syed Hamid dihadapkan ke Jawatan Kuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana berbohong di Parlimen.

Rujukan

WikiPedia: Hindraf http://www.hindraf.co/ http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/HA14Ae... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.financialexpress.com/latest_full_story.... http://www.financialexpress.com/old/latest_full_st...